Packet Filtering Router


* Di mana kernel pada komputer/router multi-homed (dual-direction) akan menentukan sama ada untuk meneruskan (forward) atau memansuhkan (reject) berdasarkan kepada set-set arahan yang telah ditetapkan.

* Sebuah router yang meneruskan paket-paket data di antara dua rangkaian. Sesebuah packet filtering router mempunyai kod-kod spesifik untuk mengendalikan mekanisme ini. Biasanya dilekapkan pada kernel untuk tujuan kecekapan dan keselesaan implementasi.


* Kod-kod ini digunakan untuk membuat perbandingan setiap paket data dengan set-set arahan sebelum ia membuat keputusan untuk meneruskan atau memansuhkan perjalanan paket tersebut.

* Kebanyakkan aplikasi-aplikasi moden firewall seperti pf (OpenBSD), ipfw/2 (FreeBSD dan NetBSD) dan iptables (Linux) mempunyai set arahan khas di dalamnya yang dipanggil filtering instructions atau arahan penapisan yang akan bertindak ke atas set arahan lalai (default) yang membenarkan perjalanan paket-paket data tanpa sebarang halangan ke destinasi.


*Untuk membenarkan kefungsian penapisan tersebut, anda akan membuat penakrifan set-set arahan penapis yang akan bertindak untuk menentukan sama ada untuk membenarkan atau memansuhkan perjalanan paket-paket data ke destinasi.

* Kebanyakkan aplikasi firewall melalaikan kepada Deny untuk tujuan keselamatan, ini bermakna set-set arahan penapisan akan menakrifkan paket-paket data yang dibenarkan untuk melepasi firewall. Arahan Deny akan memansuhkan semua paket-paket data untuk diteruskan ke destinasi. Kebanyakkan kes kesilapan kali pertama berpunca daripada konfigurasi firewall ini.

* Untuk menentukan sama ada sesuatu paket itu patut diteruskan, kod penapisan akan melihat set-set arahan untuk mendapatkan arahan yang bertepatan dan menepati kandungan header paket. Sekiranya arahan bersilang (ditepati), arahan tersebut akan dilaksanakan.

* Pelaksanaan termasuklah untuk pemansuhan (drop), meneruskan (forward) atau menghantar mesej ICMP kepada penghantar. Oleh sebab itu, set-set arahan ini biasanya dikenali dengan akronim "rule chain".

*Kriteria-kriteria persilangan paket (packet matching) bergantung kepada perisian yang digunakan tetapi pada kebiasaannya, anda boleh memperkenalkan set arahan yang bertindak ke atas alamat IP sumber paket, alamat IP destinasi paket, nombor port sumber, nombor port destinasi (untuk protokol yang membenarkan mekanisme protokol seperti TCP) sehinggakan ke jenis paket (ICMP, UDP atau TCP).

Video Networking





Masalah Memulakan Windows


Normal - Windows dimulakan dengan biasa.

Logged (BOOTLOG.TXT) - Windows dimulakan dengan biasa tapi tercipta satu fail teks yang dipanggil Bootlog.txt dan disimpan di pangkal direktori. Fail ini mengandungi informasi terakhir sistem beroperasi dan disorokkan (hidden).

Safe mode - Windows dimulakan dengan konfigurasi asas. Sesetengah bahagian sistem mungkin tidak boleh berfungsi. Perubahan boleh dilakukan terutama pada komponen-komponen yang disyaki bermasalah.

Safe mode with network support - Windows dimulakan dengan konfigurasi asas tapi termasuk kemampuan rangkaian.

Step-by-step confirmation - Mulakan komputer, dipamerkan setiap langkah dengan diikuti prom. Untuk menerima command, tekan Enter dan Esc andai sebaliknya. Pilihan ini akan memasukkan komponen yang dikehendaki sahaja.

Command prompt only - Mula Windows seperti biasa, tapi tanpa sistem Windows sebenar. Boleh mulakan Windows dengan menaip win.

Safe mode command prompt only - Mulakan komputer dengan konfigurasi asas dan tanpa sistem Windows sebenar.

Previous version of MS-DOS - Mulakan MS-DOS, dengan menggunakan fail-fail simpanan semasa pemasangan Windows (Setup).

Mod Selamat (Safe Mode)
Dengan paparan skrin startup menu, Pilih 'safe mode' untuk memulakan kerja-kerja sama ada membuang program yang disyaki bermasalah atau memasang semula pemacu perkakasan yang terkini. Kalau sebelum ini sistem bekerja dengan baik, biasanya pemasangan perisian yang terakhir boleh menimbulkan masalah seperti pemasangan kurang sempurna, tidak lengkap, versi program yang tidak sesuai, versi demo atau kerosakan fail tertentu akibat diserang virus.

CRT dan LCD


Monitor boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu monitor CRT dan monitor yang berasaskan LCD. Monitor CRT atau paparan tiub sinar katod (cathode-ray tube) telah lama dicipta dan kini masih dikeluarkan dengan mutu yang bertambah baik dan canggih. Monitor LCD atau paparan kristal cecair (liquid crystal display) pula baru diperkenal dan agak mahal harganya. Ada beberapa kelebihan monitor LCD berbanding monitor CRT seperti tiada pancaran radiasi, kurang menggunakan tenaga elektrik, ia tidak memakan ruang yang besar dan amat comel sekali. 

Isu keserasian meniadi topik utama bila menggunakan monitor LCD kerana output dari komputer ke monitor masih dalam gelombang analog (analogue wave). Monitor CRT memerlukan keadaan ini. Monitor LCD ialah sebuah peranti digital, harus mempunyai satu cip dalam dirinya untuk memproses gelombang analog ke digital. Di sinilah timbulnya masalah bila pemproses grafik komputer dan monitor LCD tidak seimbang (synchronize), imej monitor menjadi kabur. Hati-hati semasa membeli monitor LCD, dapatkan monitor dengan pemproses yang mampu memberi imej yang tajam.

Ukuran monitor
Monitor datang dengan berbagai-bagai ukuran, antaranya 14" (14 inci), 15' 17" dan 21". Saiz monitor untuk penggl-na rumah memadai clengan 15", melainkan mempunyai modal dan kecenderungan untuk bermain permainan komputer atau mahu kepuasan melayari Internet. Monitor yang bersaiz besar, baik dari segi resolusi dan piksel (pixel) atau elemen gambar. Pixel monitor dapat ditingkat sehingga 1024X768 piksel atau lebih tanpa masalah.

Resolusi dan kedalaman warna
Prestasi resolusi juga bergantung kepada jenis kad video yang digunakan. Juga selain resolusi, jumlah kedalaman warna (color depth) sangat penting untuk prestasi sesebuah monitor. Contohnya, ada beberapa warna iaitu 16 colors, 256 colors, 16-bit color, 24-bit color dan 32-bit color. 16-bit color bererti monitor boleh mengeluarkan 2 ganda 16 (65,536) warna. Begitu juga bagi 24-bit color dan 32-bit color memberikan jumlah warna yang paling cemerlang. 

Terpulang kepada kemampuan kad video dan monitor untuk mengeluarkan resolusi dan warna yang dikehendaki. Untuk melayari laman web di Internet dan untuk sesetengah permainan komputer, ukuran sekurang-kurangnya 256 color (8-bit color) dan resolusi 640 X 480 piksel (pixel) diperlukan.


Monitor CRT bercorak interlaced dan non-interlaced
Selain perkara di atas, ada dua corak (patern) tembakan elektron dalam monitor yang harus diambil kira. Yang pertama, monitor bercorak interlaced dan kedua non-interlaced. Monitor interlaced menembakkan elektron selang sebaris dalam monitor dan jenis non-interlaced pula setiap baris. Kadar refresh (vertical frequency) pada monitor bererti kemampuan monitor membuat update pada skrin dalam sukatan misalnya 75Hz. 'Flicker' pada monitor tidak akan dapat dikesan oleh mata dalam sukatan ini. Kenapa sukatan Hz? Hz atau nama penuhnya Hertz juga membawa maksud Pusingan sesaat (cycle per second).

Sebagai contoh, apa yang sebenarnya berlaku, mentol menyala dan padam setiap masa kerana mengikut gelombang arus elektrik turun naik. Didapati 50 pusingan sesaat atau 50Hz adalah ukuran yang paling sesuai bagi mata tidak dapat rnengesan flicker dan ia diterima sebagai satu sukatan standard. Ukuran khas untuk mentol ini jika tidak betul boleh membuat pengguna merasa pening dan tidak selesa.

Komputer Berjenama dan klon

CPU klon yang dipasang sendiri


Apa itu klon?
Klon /clone bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi serupa. Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular.

Berjenama dan klon
Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi. Perkakasan klon bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama di Asia. Bagi komputer yang bejenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti Asus,MSI,Abit,Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi.

Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah komputernya. Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan. Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidak serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan. Untuk memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer yang membuat perkakasan klon boleh di ambil. Sekiranya ada kerosakan pada komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah.

Komputer Berjenama


Pilihan di tangan anda
Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak balas segera serta laporan terkini. Perkakasan klon juga tidak kurang laman web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat. Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.

Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih. Seharusnya diikuti setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat informasi 'feedback' masakini melalui media massa atau Internet. Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika. Alpa saja seketika, kita akan ketinggalan jauh.

PERSEKITARAN KESELAMATAN


PERSEKITARAN KESELAMATAN FIZIKAL

• Mencegah Gangguan
(Untuk melindungi aset oleh individu secara fizikal, perlu mambuat kawalan seperti pagar, pondok pengawal , kunci, kad metric , tiada tingkap dll).

• Mengesan Gangguan
(melibatkan tugas security guard dan alat CCTV untuk merakam kawasan yang diliputi)

• Memusnahkan Maklumat
(maklumat yang tidak diperlukan , jangan dibuang dalam tong sampah, kerana mungkin ada yang berniat jahat akan menyelongkar tong sampah anda , oleh itu cara terbaik ialah Tulis semula, padam semula  manakala cara bakar dan carikan (kertas /tulisan tangan)

• Perlindungan Kuasa
( UPS digunakan untuk menyelamatkan maklumat dari hilang)

• Perlindungan Kebakaran
( Gunakan alat pengesan asap)

• Perlindungan Air
(Gunakan alat percikan air – tidak efisyen kerana akan merosakkan alatan lain)

• Rancangan Kontigensi
(Rancangan luar jangka – meliputi langkah pemulihan bencana , perlindungan insuran untuk membolehkan sistem beroperasi semula)

PERSEKITARAN KESELAMATAN RANGKAIAN

Bagi rangkaian komputer yang lebih besar aspek ini perlu dititik beratkan kerana kita tidak mahu maklumat yang di hantar di ubah oleh penceroboh. Antara kawalannya :

• Kawalan Penyulitan
( Mengubah maklumat kepada bentuk yang tidak boleh di baca dimana apabila sampai ke destinasi maklumat kembali ke bentuk asal)

• Kawalan Capaian
( Kaedah ini menetapkan siapa yang boleh membaca dan menulis aset komputer tersebut contohnya A – baca X , Y dan tulis Z, B – baca X dan tulis Y))

• Pengesahan Sistem Teragih
( Semua fail dan aplikasi hanya dibenarkan kepada mereka yang berdaftar sahaja untuk mengesahkan masukan nama pengguna dan kata laluan)

• Kawalan Trafik
( Menganalisis laluan trafik contohnya routing control)

• Keutuhan Data.
( Pastikan tiada ubahsuai semasa penghantaran yang dilakukan secara sengaja atau tidak antara kawalannya ialah tandatangan digital, parity bit dll)

CPU Intel dan AMD


Dua syarikat gergasi pembekal CPU menyaingi antara satu sama lain untuk mengeluarkan barisan CPU paling mantap dan canggih. Setiap keluaran ditambah ciri-ciri kelebihan mengira arahan secepat yang mungkin dan ukuran senipis-nipis yang boleh bagi menambah jutaan transistor, mengurangkan penggunaan kuasa elektrik , dan secara automatic mengurangkan haba.

Intel menggunakan rutin optimisasi (optimisation) multimedia MMX dan SSE2 sementara CPU AMD dengan 3Dnow. Program-program yang mengguna MMX dan SSE2 akan menampakkan penggunaan yang optimum dengan komputer yang berasaskan CPU Intel. Begitu juga program-program yang menggunakan 3Dnow, tentunya komputer dengan CPU AMD akan mencapai satu tahap yang terbaik.

Untuk membina sebuah komputer, pemilihan CPU agak kritikal. Intel mengeluarkan CPU seperti Celeron, Pentium III dan Pentium 4 (P4) untuk taburan pengguna-penggunanya pelbagai peringkat. Celeron biasanya untuk pengguna biasa, Pentium III untuk pengguna pertengahan dan P4 untuk pengguna kuasa (power user). CPU AMD Duron dan Athlon untuk satu kelas pengguna biasa dan satu lagi pengguna kuasa. Celeron bolehlah digandingkan dengan Duron dari segi prestasi dan P4 dengan Athlon iaitu sama kuat dan padan mengikut CPU pada peringkat masing-masing. Dari segi harga, AMD agak rendah sehingga hampir 10 peratus bezanya berbanding Intel.

Contoh CPU Intel yang terkenal

Terpulang kepada individu memilih CPU yang berkenan di hati atas dasar tujuan komputer digunakan dan modal yang ada. Harus diingat CPU saja tidak memberi kelajuan sebenar, ia bergantung kepada keseluruhan sistem dari segi perkakasan dan sistem operasi. Sekiranya RAM yang digunakan sedikit dan kad grafik bertaraf rendah, sistem tidak akan beroperasi secara optimum.
Papan induk memainkan peranan penting terutama cipset yang digunakan. Cipset akan menentukan jenis RAM yang boleh digunakan, tahap kelajuan bas (FSB) dan sebagainya. Pilihan perkakasan harus serasi dan sesuai terutama di antara CPU, papan induk, PAM dan sebagainya. Senarai papan induk dan CPU dipaparkan di mukasurat seterusnya, CPU dalam warna kelabu menun'ukkan keluaran yang terbaru atau masih terdapat di pasaran.

Senarai papan induk yang pernah muncul di persada IT satu ketika dulu bertukar berganti mengikut peredaran masa. Walaupun sesetengah papan induk dan CPU di bawah masih digunakan di rumah-rumah, sukar untuk mendapatkannya kini kecuali terselit dimana-mana.