Dua syarikat gergasi pembekal CPU menyaingi antara satu sama lain untuk mengeluarkan barisan CPU paling mantap dan canggih. Setiap keluaran ditambah ciri-ciri kelebihan mengira arahan secepat yang mungkin dan ukuran senipis-nipis yang boleh bagi menambah jutaan transistor, mengurangkan penggunaan kuasa elektrik , dan secara automatic mengurangkan haba.
Intel menggunakan rutin optimisasi (optimisation) multimedia MMX dan SSE2 sementara CPU AMD dengan 3Dnow. Program-program yang mengguna MMX dan SSE2 akan menampakkan penggunaan yang optimum dengan komputer yang berasaskan CPU Intel. Begitu juga program-program yang menggunakan 3Dnow, tentunya komputer dengan CPU AMD akan mencapai satu tahap yang terbaik.
Untuk membina sebuah komputer, pemilihan CPU agak kritikal. Intel mengeluarkan CPU seperti Celeron, Pentium III dan Pentium 4 (P4) untuk taburan pengguna-penggunanya pelbagai peringkat. Celeron biasanya untuk pengguna biasa, Pentium III untuk pengguna pertengahan dan P4 untuk pengguna kuasa (power user). CPU AMD Duron dan Athlon untuk satu kelas pengguna biasa dan satu lagi pengguna kuasa. Celeron bolehlah digandingkan dengan Duron dari segi prestasi dan P4 dengan Athlon iaitu sama kuat dan padan mengikut CPU pada peringkat masing-masing. Dari segi harga, AMD agak rendah sehingga hampir 10 peratus bezanya berbanding Intel.
Contoh CPU Intel yang terkenal |
Terpulang kepada individu memilih CPU yang berkenan di hati atas dasar tujuan komputer digunakan dan modal yang ada. Harus diingat CPU saja tidak memberi kelajuan sebenar, ia bergantung kepada keseluruhan sistem dari segi perkakasan dan sistem operasi. Sekiranya RAM yang digunakan sedikit dan kad grafik bertaraf rendah, sistem tidak akan beroperasi secara optimum.
Papan induk memainkan peranan penting terutama cipset yang digunakan. Cipset akan menentukan jenis RAM yang boleh digunakan, tahap kelajuan bas (FSB) dan sebagainya. Pilihan perkakasan harus serasi dan sesuai terutama di antara CPU, papan induk, PAM dan sebagainya. Senarai papan induk dan CPU dipaparkan di mukasurat seterusnya, CPU dalam warna kelabu menun'ukkan keluaran yang terbaru atau masih terdapat di pasaran.
Senarai papan induk yang pernah muncul di persada IT satu ketika dulu bertukar berganti mengikut peredaran masa. Walaupun sesetengah papan induk dan CPU di bawah masih digunakan di rumah-rumah, sukar untuk mendapatkannya kini kecuali terselit dimana-mana.
No comments:
Post a Comment