Komputer Berjenama dan klon

CPU klon yang dipasang sendiri


Apa itu klon?
Klon /clone bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi serupa. Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular.

Berjenama dan klon
Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi. Perkakasan klon bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama di Asia. Bagi komputer yang bejenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti Asus,MSI,Abit,Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi.

Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah komputernya. Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan. Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidak serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan. Untuk memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer yang membuat perkakasan klon boleh di ambil. Sekiranya ada kerosakan pada komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah.

Komputer Berjenama


Pilihan di tangan anda
Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak balas segera serta laporan terkini. Perkakasan klon juga tidak kurang laman web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat. Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.

Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih. Seharusnya diikuti setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat informasi 'feedback' masakini melalui media massa atau Internet. Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika. Alpa saja seketika, kita akan ketinggalan jauh.

No comments:

Post a Comment