Pemilihan Sistem Operasi Yang Sesuai




Adakah anda pernah menyoal diri anda tentang apakah jenis sistem operasi yang bersesuaian untuk anda?
Bagi kebanyakan peminat permainan komputer, kelancaran permainan merupakan hasrat utama mereka. Pada dasarnya, kebanyakan aturcara permainan boleh beroperasi dengan lancar dalam Windows .

Manakala bagi pengguna yang bertindak sebagai Administrator dan mengawal pengunaan komputer yang banyak mereka memerlukan sistem operasi yang mempunyai kestabilan yang tinggi. Oleh itu, Windows Advanced Server merupakan pilihan utama bagi pengguna kerana Windows  tidak dapat memenuhi keperluan pengguna lagi.

Dalam laman web Microsoft telah menyiarkan keterangan lanjut mengenai Windows . Anda boleh melayari laman web tersebut dan memahami dengan lebih mendalam mengenai Windows :http://www.microsoft.com/Windowsme/.

Menjejaki langkah perkembangan web, penggunaan jalur lebar atau broadband semakin popular dan digunakan oleh orang ramai. Bagi sesetengah pengguna yang ingin mendapatkan pengetahuan mengenai web, Windows  Advanced Server membekalkan perkhidmatan web yang luas seperti perkhidmatan www, FTP dan lain-lain lagi yang akan menepati keperluan anda. Maka Windows Advanced Server akan merupakan pilihan utama anda.

Walaupun terdapat banyak komputer di pasaran di masa kini dengan pelbagai model dan keluaran, terdapat ramai lagi pengguna komputer masih menggunakan komputer yang lama tanpa menukar dan menaikkan taraf (upgrade) sistem operasi komputer mereka. Windows Advanced Server  tidak dapat memenuhi keperluan perkakasan-perkakasan komputer yang lama. Oleh itu, mereka memerlukan satu sistem operasi yang boleh berfungsi dengan perkakasan-perkakasan tersebut. Di sini, Windows merupakan pilihan utama.

Persediaan Sebelum Pemasangan

Sistem operasi produk Microsoft merupakan pilihan utama dalam pasaran komputer peribadi dan menduduki tempat yang pertama. Walaupun sistem operasi Microsoft sering dikritik oleh orang ramai, tetapi syarikat Microsoft amat prihatin terhadap pengguna yang tidak arif tentang komputer. Oleh itu, pemasangan sistem operasi bukan lagi merupakan kerja yang rumit.